Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas George Floyd mengesahkan bahawa mendiang meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi serangan jantung, lapor Daily Star.
Laporan yang dikeluarkan oleh Hennepin County itu juga mendakwa bahawa Floyd pernah diuji positif Covid-19.
Tambah laporan itu juga, diagnosis akhir mengatakan bahawa lelaki 46 tahun itu menjadi tidak responsif semasa ditindih oleh pegawai penguatkuasa dan mendapatkan rawatan perubatan kecemasan di situ dan kemudian di Jabatan Kecemasan Hennepin HealthCare (HHC), tetapi tidak dapat diselamatkan.
Ini berlaku setelah bedah siasat yang diminta oleh keluarga George Floyd mendapati bahawa dia dibunuh dengan kehilangan oksigen yang disebabkan oleh tekanan pada leher sehingga menyebabkan kekurangan aliran darah ke otak.
Laporan bedah siasat itu telah didedahkan oleh Peguam, Ben Crump dan penasihat bersama, Antonio Romanucci.
Pasukan undang-undang itu melantik Dr Michael Baden dan Dr Allecia Wilson untuk menjalankan bedah siasat secara bebas berikutan kematian Floyd minggu lalu.
Kematiannya telah mencetuskan rusuhan di negara tersebut dan juga timbul pelbagai reaksi kurang senang di kebanyakan negara.
Sumber: Daily Star