Siakap Keli

Negara Paling Teruk Diasak COVID-19 & Rakyat Merusuh, California Di Amerika Dilapor Digegar Gempa Bumi Pula Sebentar Tadi

Tidak cukup dengan kes jangkitan COVID-19 yang menghampiri angka dua juta serta rusuhan tunjuk perasaan atas kematian George Floyd, kini Amerika Syarikat (US) dilanda bencana gempa bumi.

US Geological Survey hari ini melaporkan terdapat satu gempa bumi bermagnitud 5.5 dikesan di Ridgecrest, California pada petang Rabu (waktu tempatan).

Impak gegaran tersebut turut dirasai di seluruh selatan California.

Rajah menunjukkan lokasi gegaran gempa bumi yang dikesan. (Sumber: KTLA)

Berdasarkan laporan tersebut, gempa bumi itu dikesan berlaku pada Rabu, jam 6.32 petang (waktu tempatan) dengan kadar bacaan gegaran asal sebanyak 5.1 dan meningkat ke 5.5.

Berita lanjut daripada agensi tempatan bakal menyusul.

Sumber: Twitter, KTLA, US Geological Survey

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.