Siakap Keli

Sekolah Swasta Jangan Ambil Kesempatan Kutip Yuran Ketika Tidak Beroperasi – Ismail Sabri

Sekolah swasta dan juga sekolah separa kerajaan dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan mengutip yuran persekolahan ketika waktu tidak beroperasi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika dilihat dari sudut etika, mana-mana sekolah yang tidak menjalankan perkhidmatannya sepatutnya tidak perlu meminta bayaran.

“Dalam isu sekolah separa kerajaan ini, sekolah masih ditutup. Oleh kerana masih dortutp, tentu saja guru-guru di sekolah tersebut tidak mengajar pun.

“Jadi kos operasi di sekolah itu tidak ada.

“Mereka tidak bayar guru, tidak bayar staf dan lain-lain, kenapa pula ibu bapa yang anak mereka tidak belajar terpaksa bayar yuran walaupun separuh?” katanya dalam Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Ismail berkata demikian bagi menjawab persoalan pemberita mengenai isu terdapat segelintir sekolah persendirian yang mendapat bantuan kerajaan mengenakan yuran kepada pelajar walaupun tidak beroperasi.

Jelasnya, isu tersebut sepatutnya tidak boleh berlaku, tambahan pula banyak pihak turut terkesan ekonomi mereka buat masa ini.

“Saya faham mungkin sekolah itu menghadapi masalah kewangan.

“Tetapi sekolah juga perlu faham ibu bapa pada waktu ini juga menghadapi masalah kewangan.

“Jadi saya harap sekolah-sekolah seperti ini tidak mengambil peluang untuk memaksa ibu bapa untuk membayar yuran walaupun anak mereka tidak bersekolah,” tegasnya lagi.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 24:50.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.