Siakap Keli

(Video) Detik-Detik APMM Sekat & Usir Bot Pendatang Asing Cuba Rentas Sempadan Negara

Menerusi satu perkongsian video ekslusif daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memaparkan detik-detik cemas di mana sebuah bot  pendatang asing telah diusir oleh pihak maritim Malaysia yang cuba memasuki sempadan negara.

Menurut sumber, video ini merupakan kejadian sebenar yang dirakam oleh kamera pesawat udara APMM Bombardier CL415 MP.

Ini merupakan sebahagian daripada tindakan pengoperasian APMM dalam usaha memastikan perairan negara tidak dicerobohi mana-mana anasir jahat dan perbuatan jenayah rentas sempadan.

Apa yang anda dapat lihat melalui video tersebut, sebuah bot  yang cuba memasuki perairan Malaysia telah diusir sehingga keluar daripada garisan sempadan yang diikuti oleh helikopter untuk mengawasi pergerakan mereka.

Dalam usaha negara memerangi isu pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta jenayah rentas sempadan yang lain. Seluruh rakyat Malaysia diminta agar bersama-sama mewar-warkan usaha Kerajaan di mana ketika ini kesemua jentera keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang negara seperti APMM, PDRM dan ATM serta lain-lain agensi penguat kuasa berganding bahu memerangi kemasukan PATI serta kegiatan jenayah lain melalui persempadanan negara.

Rakyat Malaysia diseru bersama-sama membantu menjadi mata dan telinga serta menyampaikan mesej kepada golongan penjenayah agar menghentikan niat mereka untuk memasuki Malaysia.

Mereka yang bersekongkol seperti dalang, tekong darat dan laut akan dijejaki dan akan dikenakan hukuman yang setimpal kerana mencabuli kedaulatan tanah air tercinta.

Untuk semua masyarakat di Malaysia yang mempunyai maklumat berkaitan penyeludupan PATI ataupun jenayah rentas sempadan yang lain boleh menyalurkan maklumat menerusi talian National Task Force di 011- 6251 1223.

Sumber: APMM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang