Siakap Keli

(Video) Dua Ekor Buaya Ditemui Bergelut Di Depan Rumah Buat Pasangan Suami Isteri Terkejut

Sepasang suami isteri dikejutkan dengan bunyi bising di pintu rumah dan kemudian mendapati dua ekor buaya yang besar sedang bergelut di halaman rumah mereka.

Walaupun dalam keadaan yang terkejut, Susan Geshel berjaya merakam pergaduhan diantara dua reptilia itu dan telah kongsikan di laman Facebooknya.

Videonya tular di laman sosial dan menerima banyak reaksi dari warganet.

Dalam video tersebut juga menunjukkan seekor buaya tersebut mengigit badan seekor lagi.

Geshel memberitahu kepada wartawan ini merupakan kali pertama dia bertemu dengan buaya di sekitar rumah mereka.

Selepas kira-kira 20 minit pergelutan di antara dua buaya tersebut salah satunya telah berjalan keluar melintasi rumah jiran mereka sementara satu lagi hilang dari kawasan itu dan berkemungkinan pergi ke kolam yang berdekatan.

Sumber: fox6now.com

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.