Siakap Keli

(Video) Lebih 2 Bulan Tak Jumpa, Reaksi 2 Budak Ini Dalam Dakapan Ibu Undang Sebak

Seorang ibu yang ditugaskan untuk berkerja di bahagian hadapan berpeluang untuk bertemu semula dengan kedua anak perempuannya setelah berpisah selama 2 bulan lebih kerana menjalankan tugas untuk menyelamatkan nyawa sepanjang penularan wabak Covid-19.

Setelah menjalani hari yang memenatkan selama tempoh sembilan minggu, dia yang berpeluang menemui kedua anaknya telah berhasrat untuk memberikan kejutan kepada mereka. Dalam video yang menyentuh hati ini, dia berada secara senyap di belakang kedua anaknya tanpa mereka sedari.

Adegan yang penuh emosi, apabila dia melihat kedua anaknya. Anaknya bahkan tidak tahu bahawa mereka akan bertemu semula dengannya. Saat seorang daripada anaknya menoleh kebelakang, anak perempuannya terkejut dan menjerit “Ibu”.

Raut wajah kedua perempuannya seakan tidak percaya bahawa dia berada di hadapan mereka. Mereka berpelukan untuk melepaskan rindu. Kedua anak perempuannya mengalirkan air mata kegembiraan kerana mereka kini dapat bersama semula.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata rakaman itu telah mengundang sebak dalam kalangan warganet.

Sumber: Dailymirror

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa