Siakap Keli

(Video) Lelaki Didakwa Sumbat Boba Dalam Straw Sebelum ‘Tembak Ke Arah Papan Tanda Di Singapura

Tingkah laku seorang lelaki yang dilaporkan di Singapura ‘menembak’ boba ke arah sebuah papan tanda yang dijadikan sebagai sasarannya berjaya dirakam kamera.

Papan tanda logam yang terletak di seberang jalan kawasan pejalan kaki itu telah dijadikan sasaran oleh lelaki tersebut.

Apabila boba tersebut mengenai kepada sasarannya, terdapat satu bunyi yang terhasil daripada itu.

Dalam pada itu, boba tersebut telah meninggalkan tanda yang kelihatan pada bahagian belakang papan tanda tersebut. Sejumlah 15 biji boba dilaporkan telah ditembak.

Walaupun terdapat ramai orang yang melalui kawasan tersebut, namun lelaki itu seakan langsung tidak menghiraukannya.

Wabak pandemik Covid-19 ini benar-benar telah memberi impak yang besar kepada kita semua. Ada yang telah berubah menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelum ini dan ada juga yang telah menonjolkan perangai-perangai aneh kita.

Sumber: Mothership

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa