Siakap Keli
Gambar: Mirror UK

6 Tahun Terseksa, Budak Berusia 7 Tahun Didakwa Diseksa Ibu Angkat Hingga Alami ‘Frostbite’, Berat Tak Cecah 20 Kilogram

Seorang kanak-kanak perempuan di Rusia telah diselamatkan selepas dikurung dan diseksa selama 6 tahun oleh ibu angkatnya, lapor Mirror UK.

Kanak-kanak yang berusia 7 tahun setengah itu didapati kekurangan zat makanan dan mengalami ‘frostbite’ sehingga menyebabkannya tidak boleh berjalan.

Jiran-jirannya nyata terkejut apabila mengetahui kewujudan kanak-kanak itu dan berkata bahawa dia seakan-akan ‘serigala yang kelaparan’ apabila melihat dia diselamatkan.

Gambar: Mirror UK

Rakan-rakan kepada suspek juga tidak menyangka bahawa keluarga itu mempunyai seorang anak angkat perempuan.

Kanak-kanak itu sangat kurang berkembang sehingga dia berumur tiga tahun, beratnya kurang dari 20 kilogram.

Memetik laporan Mirror UK, dia tidak boleh makan, bercakap, berjalan dan tidak dilatih untuk menggunakan tandas walaupun sihat sepenuhnya ketika dia meninggalkan rumah anak yatim di Bryansk enam tahun yang lalu.

Berbeza pula dengan anak-anak kandung suspek yang dijaga dengan baik dan kerap bersukan, mengikuti kelas gimnastik berirama dan selalu dibawa ke teater dan muzium.

Gambar: Mirror UK

Suspek telah ditahan kerana disyaki ‘menyeksa’ anak angkatnya itu dan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Jenayah tersebut akan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Sumber: Mirror UK

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa