Siakap Keli

70 Kereta Mewah Dicuri Semasa Demonstrasi Aman Bertukar Hura-Hara

San Leandro, California — Lebih daripada 70 kereta dicuri dari pengedar San Leandro Dodge, ketika perhimpunan aman atas kematian George Floyd bertukar hura-hara di bandar raya Ahad malam.

Menurut pemilik pengedar kenderaan mewah, para demonstrasi mula memasuki bangunan pada 7:30 malam dan pada jam 10:30 malam mereka sudah keluar dengan membawa kereta mewah yang dicuri.

“Oh, ia seperti berada di zon perang. Mereka masuk dan mempunyai gas pemedih mata. Ia sangat teruk dan 70 kereta hilang” kata pemilik, Carlos Hidalgo.

Beliau juga menambah, para demonstrasi menjumpai peti besi yang menyimpan semua kunci kereta yang ada di bilik pameran.

Menurut laporan, mereka memandu keluar dan merempuh kenderaan yang menyekat jalan masuk.

“Pihak polis terlalu sibuk dengan keadaan yang hura-hara. Mereka menguasai seluruh San Leandro sehingga tidak ada sesiapa yang berani keluar dan mereka mempunyai masa yang lama untuk merampas kereta di bilik pameran” kata Hidalgo.

Selain kereta yang dilarikan, banyak kedai barangan mewah juga di pecah masuk dan banyak barang yang telah dicuri di kawasan itu.

Kira-kira 20 kenderaan telah dijumpai dan sedang dibaik pulih. Pengawal keselamatan bersenjata juga telah diupah untuk menjaga bilik pameran tersebut pada waktu malam.

Setakat ini tidak ada tangkapan yang dibuat oleh pihak polis. Namun, siasatan melalui video yang dikongsikan di media sosial telah dijalankan.

Sumber: kron4

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.