Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Aktiviti Sukan Dan Rekreasi Yang Dibenarkan Atau Yang Dilarang Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan bahawa, pengumuman rasmi berkenaan aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan atau yang dilarang akan dibuat dalam masa terdekat.

Menerusi ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter rasminya, beliau berkata bahawa, kerajaan masih mempertimbangkan lagi tentang kebenaran untuk membuka fasiliti sukan tertutup seperti gimnasium, dewan badminton dan lain-lain lagi.

Tambahnya lagi, aktivi sukan secara berpasukan seperti bola sepak, hoki dan lain-lain lagi untuk tujuan aktiviti latihan serta permainan ‘tanpa kontak fizikal’ juga turut sedang dipertimbangkan.

Keputusan tersebut bakal diketahui tidak lama lagi, katanya.

Sumber: @reezal_merican

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa