Siakap Keli

Bahaya Anak Tidur Mulut Ternganga

Ramai yang gemar melihat bayi yang sedang tidur, rekasi dan cara mereka tidur membuat siapa sahaja yang melihat meraskan tenang lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang bergelar ibu bapa.

Tetapi jika diperhatikan, terdapat sesetengah bayi mahupun kanak-kanak tidur sambil mulut mereka terbuka. Walaupun kelihatan lucu tetapi tabiat tidur seperti ini sebenarnya menunjukkan gangguan sistem pernafasan anak dan boleh menyebabkan risiko kesihatan yang lain.

Ikuti perkongsian helloDOKTOR menerangkan kesan kepada anak anda jika tidur sambil mulut ternganga.

Ada sesetengah ibu bapa berasa ia sesuatu yang normal apabila anak bernafas melalui mulut semasa tidur.

Hakikatnya ia mungkin petunjuk kepada masalah gangguan pernafasan tidur.

Tabiat bernafas melalui mulut

Umumnya, sebagai manusia, kita boleh bernafas melalui hidung, mulut ataupun kombinasi kedua-duanya. Namun, pernafasan yang dilakukan menerusi hidung pastinya adalah yang terbaik

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.