Siakap Keli
Gambar: Bernama/RTM

“Dia Ada Jemput Saya Makan Nasi Biryani”, PM ‘Petik’ Nama Youtuber Sugu Pavithra “Live” Kali Ini

Setelah memberi hadiah ketuhar dan tripod kepada Youtuber, Sugu Pavithra, hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memetik nama mereka dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi yang disiarkan secara langsung tadi.

Ketika menyimpulkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), beliau berkata pasangan itu ada menjemputnya untuk ke rumah mereka.

“Semua pakej rangsangan ekonomi temrasuk langkah-langkah di bawah Penjana ini akan terus dipantau pelaksanaannya.

“Pasukan Laksana yang telah ditubuhkan di Kementerian Kewangan akan mempertingkatkan lagi pemantauan terhadap semua inisiatif yang dilaksanakan kerajaan.

“Barisan jemaah menteri saya juga akan bekerja keras untuk memberikan khidmat terbaik buat anda semua.

“Saya berharap usaha kerajaan ini akan terus membari manfaat kepada rakyat.

“Contohnya kepada Encik Sugu dan Puan Pavithra yang viral di media sosial bulan lepas. Dia ada buat jemputan untuk saya datang makan nasi biryani di rumahnya.

“Mudah-mudahan mereka dapat meningkatkan kemahiran dan membuka kedai makan pada satu hari nanti. Boleh lah kita merasa ayam varuval mereka ini,” katanya.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.