Siakap Keli
pengecualian cukai pelancongan
Gambar: Bernama

Empat Pengecualian Cukai Bagi Pengusaha Industri Pelancongan Hingga 2021

Putrajaya, 5 Jun – Kerajaan mengumumkan empat inisiatif pengecualian cukai bagi sektor pelancongan untuk pengusaha dan pelancong sehingga akhir tahun hadapan.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengecualian cukai tersebut diberikan bagi mengaktifkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19.

“Sektor pelancongan adalah antara sektor yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19. Untuk mengaktifkan semula kegiatan industri pelancongan, beberapa langkah cukai akan dilaksanakan:

  1. Perniagaan di bawah industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan yang telah diberikan penangguhan bayaran ansuran ke atas anggaran cukai yang kena dibayar bagi tempoh 1 April 2020 hingga 30 September 2020 akan dilanjutkan tempoh penangguhan selama 3 bulan lagi mulai 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020;
  2. Mengecualikan cukai pelancongan sepenuhnya bagi tempoh mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021;
  3. Pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis penginapan dilanjutkan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021;
  4. Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.