Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Hampir Cecah 50 Ribu Pengikut Di Instagram, Kucing Berwajah Bengis Ini Buat Ramai ‘Tertipu’

Seekor kucing yang mempunyai muka seakan bengis telah mencetuskan fenomena baru di media sosial selepas berjaya mengumpul ribuan pengikut di akaun Instagram miliknya dengan hanya bermodalkan ekspresi mukanya.

Kucing yang bernama Feline Kitzia itu kini telah mempunyai lebih dari 47,000 pengikut di akaun media sosialnya yang dibuat pada bulan April 2018.

Pun begitu, tuan kepada kucing tersebut, Viktoria Otdielnova yang tinggal di Florida, Amerika Syarikat kini menyatakan bahawa, jangan tertipu dengan mukanya yang seakan sombong dan bengis itu, ini kerana Kitzia sebenarnya sangat ‘baik dan manja’.

Sejak kematian kucing sensasi warganet yang dikenali sebagai ‘Grumpy Cat’ atau nama sebenarnya Tardar Sauce, para peminat kucing tersebut masih lagi berusaha untuk mencari ‘Grumpy Cat’ yang seterusnya.

Dan berdasarkan daripada gambar-gambar Kitzia, dia mungkin calon yang tepat bagi memegang gelaran ‘Grumpy Cat’ yang seterusnya.

 

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa