Siakap Keli

Harga RON 95 Dan RON 97 Naik 5 Sen Bermula Esok Hingga 12 Jun 2020

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini menerusi kenyataan media mengumumkan harga runcit bagi produk petroleum bagi tempoh 6 Jun 2020 sehingga 12 Jun 2020.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 6 Jun 2020 sehingga 12 Jun 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.73 seliter kepada RM1.78 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.43 seliter kepada RM1.48 seliter; dan
  3. harga runcit diesel naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM1.61 seliter kepada RM1.63 seliter.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang