Siakap Keli

Insentif Kewangan Untuk Majikan Yang Beri Peluang Pekerjaan Kepada Penganggur & Belia

Kerajaan sedia membantu golongan penganggur keluar dari kesempitan dan berupaya mencari sumber pendapatan sendiri.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi membantu dan menggalakkan penganggur meningkatkan kemahiran, elaun latihan sehingga RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang hilang pekerjaan, walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.

“Bagi menangani isu kadar pengangguran belia dan meningkatkan kebolehpasaran graduan, kerajaan juga akan menyediakan insentif kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan pada kadar RM600 sebulan.

“Inisiatif seterusnya ialah kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka yang sedang menganggur dan juga golongan belia,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.

Mengulas lanjut, jelas Muhyiddin, inisiatif tersebut akan memberi manfaat kepada lebih 200 ribu orang.

“Bagi golongan belia, ini termasuklah program latihan dan penempatan (place and train), pelaksanaan kursus jangka pendek di institusi-institusi terpilih dan subsidi latihan.

“Seterusnya, bagi golongan penganggur pula, kerajaan akan melaksanakan program peningkatan kemahiran (upskilling) di dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta teknologi maklumat dan komunikasi serta menggalakkan penyambungan pembelajaran melalui kursus jangka pendek dan subsidi latihan,” tambahnya lagi.

 

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'