Siakap Keli
baucer e-dagang
Kredit: Google

Kerajaan Peruntuk RM70 Juta Untuk Baucer E-dagang, Galak Rakyat Membeli Secara “Online” -PM

Putrajaya, 5 Jun – Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM70 juta untuk baucer e-dagang. Hal ini bagi menggalakkan rakyat melakukan pembelian secara atas talian bagi menggalakkan ekonomi negara.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, peruntukan tersebut akan dipadankan dengan jumlah sama baucer e-dagang.

“Kerajaan juga dengan kerjasama syarikat swasta akan menggalakkan kempen Shop Malaysia Online bagi menggalakkan rakyat berbelanja secara atas talian, kod promosi dan pelbagai baucer diskaun akan diberi melalui platform e-dagang.

“Sebagai permulaan, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM70 juta yang akan dipadankan dengan jumlah yang sama melalui platform e-dagang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambahnya, kerajaan akan membantu perniagaan mikro dan PKS untuk beralih kepada perniagaan digital dan atas talian.

“Kerajaan akan membantu setiap perniagaan sama ada besar atau kecil membantu pengusaha mikro dan PKS beralih kepada khidmat digital atau atas talian,

“Kerajaan bersama sektor swasta akan membiayai usaha tersebut melalui geran padanan sebanyak RM140 juta.

“Peruntukan ini akan digunakan untuk sesi latihan, subsidi penjual dan bantuan penjualan,” katanya.

“Inisiatif ini akan diteraju MDEC bersama platform e-dagang terpilih,” katanya.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.