Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kerajaan Setuju Beri Pengecualian Cukai Ke Atas Penjualan Kereta Penumpang Mulai 15 Jun Hingga 31 Disember 2020

Kerajaan bersetuju akan memberikan pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan, 50 peratus bagi kereta penumpang diimport mulai 15 Jun hingga 31 Dis 2020.

Menurut Perdana Menteri, Yab Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, keputusan tersebut dibuat bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara.

“Bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara, kerajaan bersetuju untuk memberikan pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan dan 50 peratus bagi kereta penumpang yang diimport bagi tempoh mulai 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020”, ujarnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa