Nak berdiet memang senang, tapi nak kekalkan momentum (istiqamah) diet itu tidak semudah yang dibayangkan.
Ada orang guna pendekatan berdiet secara keras demi mahukan hasil dalam masa singkat, manakala ada orang lebih selesa berdiet secara santai asalkan dapat bentuk tubuh badan yang diidamkannya, biarpun makan masa bertahun-tahun.
Dalam mencapai matlamat itu, sudah pasti cabarannya adalah kekuatan mental individu tersebut.
Perkara ini diperjelaskan oleh seorang pemuda, Zulkifli Bin Endut melalui group Facebook Diet Suku Suku Separuh (DSSS) hari ini, di mana beliau berjaya menurunkan berat badan lebih 100 kilogram hasil daripada kekuatan mental yang mempengaruhinya.
Mari baca perkongsian ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga DSSS.
Ok aku nak kongsi sedikit pengalaman aku sepanjang proses penurunan berat badan dari 220 kilogram ++ sehingga kini, 112 kilogram (jauh lagi perjalanan).
Ramailah yang duk tanya macamana aku buat, apa tips, susah tak, tak lapar ke.. Macam-macam lagilah soalannya.
Kadang-kadang ada soalan yang tak masuk akal tergerak sorang-sorang.
Bagi aku yang paling penting nak mulakan perjalanan, MENTAL kena kuat.
Untuk apa kau buat semua ni. Untuk siapa?
Ala, takda kawan la nak exercise / jogging.

Belum ada-apa dah cakap SUSAH.
Kalau mental tak kuat, confirm kecundang tengah jalan.
Ilmu kau boleh ambil dari kawan-kawan DSSS, dari Google (asal kau rajin mencari, bertanya dan jangan 100 peratus harap orang suapkan).
Tapi bab MENTAL takda orang lain boleh tolong..
Jadi simple, untuk dapat impak yang terbaik hanya diri KAU yang dapat tolong.
FOKUS UNTUK SIHAT. KURUS ADALAH BONUS.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua..KEEP FIGHTING.

Sumber: Zulkifli Bin Endut