Siakap Keli
Gambar: Bernama

Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had Diperkenal Bagi Kurangkan Kos Pengangkutan Harian Rakyat – PM

Perdana Menteri, Yab Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan program My30 – pas perjalanan bulanan tanpa had untuk orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam.

Menurutnya, pas perjalanan tersebut berharga serendah RM30 sebulan yang bersamaan seringgit sehari untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi semua pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang.

Saya memahami keperluan saudara-saudari yang menggunakan pengangkutan awam untuk keluar bekerja dan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Bagi meringankan beban kos pengangkutan, Kerajaan akan memperkenalkan Program MY30 di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang

Inisiatif ini terbuka kepada semua warganegara dan akan berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga hujung 2020. Saya ingin mengingatkan saudarasaudari supaya mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakan sosial ketika menggunakan pengangkutan awam”

Tambahnya lagi, inisiatif itu hanya terbuka untuk semua warganegara sahaja dan akan berkuatkuasa mulai 15 Jun ini sehingga hujung 2020.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengingatkan kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakan sosial ketika menggunakan pengangkutan awam.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa