Siakap Keli
Gambar: Reasonsbehindthe

Pelik, Kenapa Tongkat Motosikal Biasanya Di Sebelah Kiri? Ini Alasannya

Seperti sedia maklum, motosikal merupakan kenderaan yang digunakan untuk penunggang dan pembonceng bagi bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi. Walaupun digunakan pada setiap hari, namun pelbagai persoalan yang menjadi tanda tanya bagi ramai orang.

Antaranya ialah mengenai kedudukan tongkat yang berada di sebelah kiri dan apakah ianya tidak boleh dipasang di sebelah kanan.

Dapatkan pelbagai jenis tongkat motosikal di SINI

Menerusi laman web Reasons Behind The, tongkat motosikal diletakkan di sebelah kiri adalah kerana beberapa sebab yang dikaitkan dengan sejarah dahulu.

Pengalaman Menaiki Kuda

Kebanyakan orang mempunyai kekuatan di bahagian kanan. Bagi persoalan ini, kekuatan kaki di sebelah kanan ketika seorang lelaki hendak menaiki kuda dapat memberi sedikit bayangan. Ini adalah kerana dia lebih mudah untuk menaiki kuda tersebut daripada sebelah kiri ekoran kaki kanannya yang senang untuk dihayunkan ke atas kuda tersebut berbanding kaki kiri.

Gambar Hiasan

Disebabkan perkara itu, generasi baru selepas kejadian itu telah cenderung untuk menaiki kuda dari sebelah kiri. Jadi, itulah situasi yang dapat digambarkan tentang mengapa tongkat motosikal diletakkan di sebelah kiri.

Motosikal condong ke sebelah kiri

Di Jerman, mereka menggunakan pemanduan di sebelah kiri, jadi sekiranya motosikal di ‘parking’ di sebelah kirinya dan lebih cenderung condong di sebelah kiri, terdapat ruang yang masih boleh dilalui di tengah-tengah kedua-dua kenderaan itu. Negara lain seperti China dan India yang juga mengeluarkan motosikal turut mengikut lokasi tongkat di sebelah kiri dengan alasan yang sama.

‘Kick Starter’ Di Sebelah Kanan.

Seperti yang dikatakan, kebanyakan orang adalah cenderung bagi bahagian kanan sehinggakan ‘kick starter’ di pasang di sebelah kanan. Perkara ini kerana tindakan tersebut memerlukan tenaga yang lebih.

Dapatkan pelbagai aksesori motosikal anda di SINI

Disebabkan itu, sekiranya tongkat juga dipasang di sebelah kanan, ianya akan memberikan gangguan kepada penunggang. Untuk mengatasi masalah itu, tongkat telah dipasang di sebelah kiri sehingga menjadi ikutan sehingga hari ini.

Sumber: reasonsbehindthe

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa