Menghidap sakit leukimia adalah cabaran terbesar dalam kehidupan pemuda ini.
Adam Syakir berkongsi sedikit babak-babak hidupnya yang menderita Leukimia sejak 2009 lalu di Facebooknya baru-baru ini.
Jelasnya, segalanya bermula pada 2009 lalu apabila dirinya didatangi beberapa simptom ‘biasa’ dan tidak dijangka rupanya ia adalah permulaan episod baharu kehidupan.
“Saya start sakit kanser Leukimia dari 2009, masa belajar di tingkatan enam.
“Jadi lumpuh, bila check di hospital, sel darah putih jadi banyak.
“Terus dikejarkan ke HUSM naik ambulans,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, hari ini.

Adam menjelaskan, penyakit yang dialaminya itu bukan dari sejarah keturunan dan ia juga tidak akan turun kepada anak.
“Simptomnya sendiri dapat tiba-tiba.
“Simptom Leukimia ini biasa je, macam demam. Cepat letih, selalu tidur lama, muka pucat.
“Tu kadang-kadang bila dah teruk baru dapat tahu ada Leukimia, nasib baik saya tahu awal,” tambahnya lagi.

Bermula daripada simptom biasa tersebut, lama-kelamaan ia membuat dirinya lumpuh.
“Saya lumpuh sebab darah putih banyak sangat dekat sum sum tulang di peha, jadi dia serang kawasan itu. Limpa pun bengkak dan keras, jadi perut buncit macam mengandung,” jelasnya.


Kembali bersinar
Namun setelah 10 tahun berjuang demi nyawanya, kini Adam sudah semakin pulih dan mampu menjalani kehidupan seperti insan-insan lain.
Katanya, kini dia tidak lagi memerlukan rawatan kompleks seperti dahulu.
“Alhamdulullah sekarang dah tak detect sel kanser tu.
“Sekarang follow up empat bulan sekali.
“Ubat pun kena makan seumur hidup,” ujarnya lagi.




Alhamdulillah.
Semoga perjuangan Adam ini mampu menyuntik inspirasi kepada pejuang-pejuang kanser di luar sana untuk yakin bahawa pasti akan ada peluang untuk sembuh.
InsyaAllah.
10 tahun bersama Leukemia..dulu hitam.. putih kejap.. hitam balik.. putih kejap.. dah putih.. side effect chemotherapy dan side effect glivec
Posted by Adam Syakir on Tuesday, May 26, 2020
Sumber: Adam Syakir