Siakap Keli

RapidKL Kongsi Peranan Juruteknik Muda Ini Terhadap Keselamatan Tren

RapidKL bukan sahaja dikenali dengan perkhidmatan bas dan tren yang diguna pakai oleh masyarakat, malah antara syarikat pengangkutan yang mempunyai bilangan ‘followers’ yang ramai di laman sesawang Twitter.

Laman sesawang Twitter RapidKL diikuti lebih dari 100 ribu orang dan sentiasa menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkaitan perkhidmatan pengangkutan yang mereka sediakan.

Lebih-lebih lagi sejak penularan COVID-19, RapidKL diantara syarikat yang sentiasa menyokong kempen penjarakan sosial dengan memberi maklumat-maklumat berserta tanda pagar #KitaJagaKita #KitaTeguhKitaMenang disetiap posting di laman sosial.

Tetapi yang menjadi tumpuan ramai adalah usaha RapidKL dalam menghargai semua pekerja mereka dengan berkongsi kisah beserta tanda pagar #wirarapidkl #herorapidkl.

Baru-baru ini, RapidKL telah mengemaskini laman sosial Twitter dengan perkongsian #herorapidkl ,

seorang juruteknik yang merupakan orang terpenting dalam menjaga keselamatan tren.

Sumber: RapidKL

 

Nur Syafiqah