“Sampai Nangis Lak,” Ramai-Ramai Kumpul Duit, Beli ‘Handphone’ Baru Buat Sahabat Lalui Susah Senang Bersama

Semua orang di dunia ini pastinya mempunyai kawan dan memerlukan kawan. Namun begitu, kawan yang ramai tak semestinya mereka akan menolong kita di saat kita betul-betul susah dan memerlukan pertolongan.

Di zaman ini, kawan susah senang amat sukar dicari. Jikalau ada, jagalah mereka sebaiknya. Ini kerana, kawan yang susah senang ini juga adalah rezeki daripada Allah S.W.T.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter bernama @Faizallibrhm, menyedari bahawa telefon bimbit salah seorang daripada rakannya rosak.

Atas keprihatinan yang tinggi serta nilai persahabatan yang telah utuh dibina bersama, dia dan rakan-rakannya yang lain telah memutuskan untuk mengumpul duit bagi menghadiahkan telefon bimbit baru kepada rakannya itu bagi menggantikan telefom bimbit yang lama dan telah rosak.

Menurutnya, telefon bimbit milik rakannya itu agak ‘kritikal’. Ianya boleh lagi dihidupkan, namun perlu bergantung kepada pengecas.

Menyedari permasalahan yang dihadapi rakannya itu, mereka telah merancang satu kejutan untuknya.

Pada awalnya, mereka kelihatan seolah mempersendakan telefon bimbitnya itu, namun disebalik itu, mereka telah memasang niat untuk mengukir senyuman kepada rakannya itu.

Senyuman yang diharapkan itu telah bertukar menjadi tangisan kegembiraan selepas mereka menghulurkan telefon bimbit baharu kepadanya.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 400 ribu tontonan serta lebih 33 ribu ulang ciap di Twitter.

Sumber: @Faizallibrhm

Aqmal Ezany

I write what is right

Editor: syafiq halim

Dari Wiser.my