Siakap Keli

TERKINI: Kematian Pertama Selepas 13 Hari Dan Hanya 19 Kes Baharu Hari Ini

Sebanyak 19 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,266 kes setakat Jumaat (5 Jun 2020), jam 12 tengahari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1, 540 kes.

Daripada 19 kes baharu dilaporkan, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Baki 12 kes adalah penularan di dalam negara di mana baki 3 kes adalah bukan warganegara dan 9 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, seramai 6 kes positif jangkitan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 1 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan 1 kes kematian baharu dalam tempoh 13 hari sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut seramai 116 orang.

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.