Siakap Keli
Kredit: Iman Asha

(Video) Detik Abang “J&T” Tangkas Panjat Pagar Gara-gara Cemas Disalak Dua Anjing

Seorang pekerja kurier mengalami detik cemas apabila disalak dua ekor anjing serentak – di dalam dan luar pagar rumah pelanggan.

Dalam video dikongsikan Zulhelmee Mazzamudin di Facebook, pemuda berseragam merah itu dilihat sedang berurusan dengan seorang wanita di sebuah rumah.

Dia kelihatan tenang pada awalnya biarpun disalak anjing dari sebalik pagar, hinggalah ketika dia ingin kembali ke van.

Secara tiba-tiba, seekor lagi anjing lain muncul dan menyalak kepada pemuda itu, membuatkannya panik.

Cemas dan gelabah, pemuda itu kemudiannya terus memanjat pagar rumah berkenaan ditemani hilai tawa rakannya yang berada di dalam van.

Melihat pemuda yang ‘tersangkut’ di atas pagar, tuan rumah kemudiannya membantu menghalau anjing di luar.

Jom tonton video di bawah.

Video tersebut kemudian turut dimuat naik oleh individu lain di laman Twitter yang mengundang tawa warganet yang terhibur dengan aksi si penghantar barang dan tak kurang juga yang terhibur mendengar rakannya terbahak ketawa.

Tangkas gila panjat pagar

Kawan, gelak dulu baru tolong

Yang gelak tu, anjing masuk van baru tahu

Sumber: Zulhelmee Mazzamudin, Iman Asha

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.