Siakap Keli

(Video) Jimat Tenaga Menyental, Tips Hilangkan Kerak Pada Kuali Sampai Nampak ‘Bersih’

Secara lazimnya, setiap kuali yang terdapat di dapur mempunyai masalah yang sama iaitu belakang kuali berkerak.

Pelbagai cara telah digunakan untuk menyental bagi menjadikannya bersinar dan tampak seperti baru. Pun begitu, hasilnya kadang-kadang tidak cukup memuaskan.

Sudahlah penat menyental sehingga tangan menjadi sakit, hasilnya pula tidak memuaskan. Kini anda tidak perlu risau lagi.

Ini kerana, seorang pengguna Facebook bernama Ijal Rizal Rohani ada berkongsikan tekniknya yang tersendiri membersihkan kerak pada kuali di rumahnya sehingga tampak seakan baharu.

Dapatkan kuali seperti dalam gambar di SINI

Untuk menjadikan kuali tampak seakan baru seperti yang ditunjukkannya, dia ada berkongsikan gambar yang perlu ada. Antara barangan yang perlu ada ialah cordless driller, sabun, kertas pasir, dawai heavy duty.

Dapatkan mesin seperti dalam gambar di SINI

Menurutnya, cordless drill perlulah ditetapkan pada kelajuan bernombor 1 atau 2. Sekiranya ianya ditetapkan kepada tahap 15 hingga 20, kuali tersebut berkemungkinan boleh terhakis.

Untuk mengetahui cara-caranya dengan lebih lanjut, ikuti video yang dikongsikannya seperti berikut:

Hasil daripadanya adalah seperti berikut:

Sumber: Ijal Rizal Rohani

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa