Siakap Keli

(Video) Pilu, Rakaman Gajah Malang ‘Menangis’ Dalam Sungai Sebelum Mati

Baru-baru ini tular berita mengenai seekor gajah yang sedang mengandung di Southern India. Haiwan berkenaan telah memakan buah nenas yang telah diisi dengan mercun dan meletup di dalam mulutnya. Gajah yang tercedera di bahagian mulutnya masih kekal berdiri di dalam air selama 1 jam selepas letupan berlaku.

Pegawai hidupan liar cuba membantu untuk menyelamatkan gajah berkenaan tetapi dia telah mati. Ramai yang menzahirkan kesedihan melihat gajah malang itu mati dengan cara begitu.

Kumpulan hak haiwan dan selebriti bollywood turut meminta undang-undang terhadap kekejaman keatas haiwan diperketatkan.

“Kami mengutuk perbuatan yang kejam ini dan tegas meminta pihak berkuasa untuk menangkap pelaku dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Kita seharusnya melindungi dan memelihara binatang liar dan tidak menyiksa mereka”

Orang ramai yang juga berkumpul di sekitar sungai tersebut juga ternyata berasa sedih dengan keadaan gajah itu. Apa tidaknya, melihat kepada mata gajah itu yang seakan ‘menangis’, ianya telah membuatkan masyarakat dunia turut hiba.

Sumber: South China Morning Post

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa