Siakap Keli
Gambar: WBFO

Tular Lagi Video Didakwa Kekasaran Polis Amerika, Lelaki Ditolak Jatuh Hingga Darah Keluar Dari Telinga

New York, 5 Jun – Seorang lelaki jatuh dan kaku selepas ditolak anggota polis ketika tunjuk perasaan di Niagara Square hari ini.

Dalam video dikongsikan WBFO sebentar tadi, lelaki itu dilihat mendekati sepasukan polis sebelum ditolak ke belakang, membuatkannya jatuh terlentang.

Dia kemudiannya dilihat terbaring kaku dengan darah mengalir berhampiran kepalanya. Video tersebut mendapat lebih 7 juta tontonan dalam tempoh 1 jam perkongsian.

Menurut Eksekutif Daerah Erie, Mark Poloncarz, lelaki berkenaan sedang dirawat di Pusat Perubatan Daerah Erie (ECMC) dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, polis mendakwa seramai lima individu ditahan atas tuduhan membuat gangguan dan menghalang lalu lintas.

Dalam perkembangan selanjutnya, dua anggota polis terlibat telah digantung tugas serta merta tanpa gaji oleh Pesuruhjaya Polis Buffalo, Byron Lockwood. Siasatan sedang dijalankan.

Kejadian itu membuatkan orang ramai marah dengan tindakan polis tersebut.

Dengar bunyi kepala retak

“Adakah dia mati? Bunyi macam kepalanya retak di atas jalan. Seorang anggota polis cuba berhenti dan membantu tetapi ditolak. Sangat mengganggu.”

Berdasarkan pengalaman 15 tahun, dia mengalami kecederaan serius di kepala dan boleh menyebabkan kematian.

“Setiap anggota yang hanya berjalan pergi perlu hilang kerja mereka”

Warga maya turut meminta pihak polis memecat semua anggota yang didakwa tidak segera membantu lelaki tersebut.

“Kami desak anda (Buffalo Police Department) untuk baiki mentaliti gerombolan anggota kamu.”

Sumber: WKBW

Amira

Love yourself.