Siakap Keli
pagar iphone6
Kredit: minhhienapple

(Video) Viral Pemilik Rumah Ini Dipercayai Guna Iphone 6 Ganti Mozek, Jadikan Dinding & Tiang Pagar

Kreatif dan inovatif. Seorang pengguna TikTok dipercayai dari Vietnam menggunakan koleksi iPhone 6 bagi menggantikan mozek pada pagar rumahnya.

Dalam video tular dimuatnaik Minhhieapple, kelihatan ratusan iPhone 6 disusun pada tiang pagar dan bahagian luar tembok rumah tersebut.

Telefon yang berwarna-warni itu seakan-akan dilekatkan antara simen, sama seperti kepingan mozek hiasan.

Walaubagaimanapun, ada netizen yang mendakwa ia hanyalah pelekat tiruan dan bukan telefon sebenar. Pun begitu, menurut The Guardian, sebahagian daripada telefon ditunjukkan adalah asli dan bukan sekadar pelekat.

Video tersebut telah mendapat lebih 73 ribu tanda suka dan lebih 1.7 juta tontonan.

Anda boleh menonton video tersebut di sini.

 

@minhhienappleBao nhiêu chiếc iphone trong clip vậy cả nhà♬ Người Miền Tây – Đan Trường

 

Sumber: The Guardian

Amira

Love yourself.