Siakap Keli

“Itulah Kawan Saya,” Tular Foto Dipercayai Entiti Misteri ‘Temankan’ Budak Dalam Gelongsor

Unsur mistik sememangnya wujud di dalam persekitaran kita seperti yang diceritakan di internet dan orang disekeliling kita. Terdapat pelbagai pengalaman yang dikongsikan di media sosial dan ianya sememangnya memberikan kesan takut kepada kebanyakan orang.

Walaupun kita tahu dan percaya bahawa alam ghaib itu sebenarnya wujud, pasti sukar bagi kita untuk mempercayainya selagi ianya tidak terjadi pada diri kita sendiri bukan?

Menerusi laman web Philippine News, terdapat satu gambar yang dipercayai di sebuah taman permainan telah memaparkan satu kelibat yang misteri.

Menurut penerangan yang terdapat pada perkongsian tersebut, ketika gambar berkenaan diambil, kanak-kanak itu dikatakan sedang bersendirian pada waktu itu.

Ketika mereka menunjukkan gambar tersebut kepada kanak-kanak itu, dia menyatakan bahawa wajah tersebut adalah rakan imaginasinya.

“Itulah kawan imaginasi saya Beto!”, lapor laman web tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan gambar tersebut walaupun ianya telah ditular di pelbagai platform media sosial baru-baru ini.

Sumber: Philippine News

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa