Siakap Keli

Lompatan Tak Cukup Jauh, Lelaki ‘Rempuh’ Panel Kaca Ketika Cuba ‘Terjun’ Kolam Dari Tingkap

Gambar: Daily Mail

Tersilap langkah, seorang lelaki tidak menyangka bahawa aksinya untuk melompat ke dalam kolam menyebabkan dirinya mengalami kecederaan.

Dia dilihat melompat dari tingkap dengan harapan untuk terus memasuki kolam namun nasibnya tidak baik apabila dia merempuh penghadang kaca di kolam sehingga pecah.

Gambar: Daily Mail

Lelaki yang juga pegawai bank dari Moscow itu tidak melompat dengan cukup jauh dan merempuh penghadang kaca tersebut yang mengelilingi kolam.

“Ketika itu saya menyewa kotej tersebut untuk menyambut ulang tahun kelahiran saya.

Gambar: Daily Mail

“Ia nampak seperti kami dapat mencuba dan melompat dengan betul,” katanya.

Gambar:Daily Mail

Malangnya aksi itu tidak berjalan seperti yang dirancang dan menyebabkan ligamennya koyak, lebam di dada dan sejak itu dia menjalani dua operasi untuk menyembuhkan tangan dan kakinya yang cedera. Lengan dan kaki kirinya telah berhenti berfungsi.

Walaupun cedera, dia tetap memuatnaik rakaman kejadian tersebut ke dalam media sosial dan berkata tidak menyesal dengan lompatan yang salah tersebut kerana video tersebut mnejadi popular dalam kalangan kawan-kawannya.

Gambar: Daily Mail

Lelaki itu bernasib baik kerana dia tidak perlu membayar ganti rugi ke atas kerosakan yang telah dilakukan oleh nya di kotej itu kerana kontrak sewa tidak disusun dengan betul.

Sumber: Daily Mail

Sofea Shahira

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.