Siakap Keli

Pasukan Perubatan Mula Takut, Penunjuk Perasaan Dijangka Bawa Gelombang Covid-19 Kedua Di AS

Di saat wabak Covid-19 belum berakhir, sebilangan rakyat Amerika Syarikat (AS) telah mengambil keputusan tanpa ragu untuk keluar berarak di jalan beramai-ramai di seluruh negara.

Ianya sekaligus mencetuskan kebimbangan mengenai gelombang kedua Covid-19 yang mungkin akan melanda negara berkenaan.

Setakat minggu ini, 4,430 orang telah dilaporkan meninggal dunia iaitu secara purata kasar sebanyak 886 kes kematian sehari.

Namun, daripada jumlah keseluruhan kematian tersebut, kes yang maut melonjak kepada 1,036 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketakutan pasukan perubatan adalah jumlah itu akan meningkat dengan ketara susulan protes George Flyod di seluruh negara ketika ini yang semakin memuncak dan mendesak mereka yang terlibat untuk mengambil ujian.

Sepanjang minggu, para penunjuk perasaan melaungkan slogan dan menjerit nama George Flyod, berhimpun dan bersentuhan serta sebilangannya juga tidak memakai topeng muka.

Pihak polis yang bertanggungjawab menahan perusuh, menangkap mereka ke dalam kenderaan dan menahan mereka di sel penjara tanpa melakukan langkah pencegahan Covid-19 dan penjarakan sosial.

”Berdasarkan cara penyebaran penyakit ini, terdapat banyak alasan untuk kita menjangka bahawa kluster baharu akan muncul dan kemungkinan gelombang kedua akan menghampiri,” demikian amaran Juru Bedah AS, Dr Jerome pada minggu ini.

Kesan protes terhadap kadar jangkitan dan kemasukan ke hospital akan muncul dalam tiga hingga empat minggu lagi, kata Ketua Koresponden Perubatan CNN, Dr Sanjay Gupta.

Di dalam kejadian pada Isnin (25 Mei 2020), George Floyd, 46, maut selepas seorang pegawai polis kulit putih Derek Chauvin menggunakan kekerasan ketika menahan mangsa.

Rakaman video yang tular dan menimbulkan kemarahan ramai apabila Chauvin dilihat menekan lututnya di leher mangsa walaupun Floyd berulang kali merayu dengan mengatakan “tolong saya tidak boleh bernafas”.

Susulan itu, penunjuk perasaan mula berarak dan melakukan rusuhan dengan merosakkan harta benda awam bagi menuntut supaya kerajaan memberi keadilan kepada semua pegawai polis yang terlibat dengan hukuman mati.

Sumber: CNN

Baca: Skrin & Bateri Besar, Bergaya Di Hari Raya Ini Dengan Huawei Y6P Hanya RM559

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.