Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Satu Kematian Dan 37 Kes Baharu Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa, sebanyak 37 kes positif Covid-19 baru yang dilaporkan sehingga 6 Jun 2020, jam 12 tengah hari.

Pertambahan kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 8,304 kes.

Menurut Ketua Pengarah kesihatan malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan keboleh jangkitan Covid-19 hanya tinggal sebanyak 1,552 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Dalam pada itu, beliau juga turut memaklumkan bahawa daripada 37 kes baru yang dilaporkan, 8 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari di luar negara.

Daripada 29 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan 10 kes adalah dikalangan warganegara malaysia.

Sehingga kini, seramai 5 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi. Daripada jumlah tersebut tiada kes yang dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga turut berdukacita untuk melaporkan bahawa terdapat pertambahan satu kes kematian yang berkaitan dengan virus Covid-19.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia meningkat kepada 117 kes yang bersamaan dengan 1.114% daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM

 

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa