Siakap Keli

(Video) Ada Wajah Mirip Neelofa, Gadis Ini Jadi Bualan Warganet Sampai Neelofa Sendiri Respon

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Pelanduk dua serupa” itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan rupa paras orang lain yang tampak serupa dengan seseorang yang kita kenal.

Tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama @mimishrl di media sosial. Video berkenaan yang memaparkan seorang gadis mempunyai wajah mirip seorang selebriti.

Jika sebelum ini, terdapat beberapa orang dikaitkan dengan Neelofa kerana mempunyai wajah yang hampir sama. Apa kurangnya dengan yang ini, gadis yang mempunyai wajah jelita ini juga dikatakan mirip dengan artis tersebut.

Video yang memaparkan seorang gadis yang hampir kelihatan seakan selebriti terkenal iaitu Neelofa telah mendapat pujian yang ramai daripada warganet di Twitter.

Terdahulu melalui ciapan tersebut, gadis berkenaan ada menyatakan bahawa kakaknya akan berasa gembira sekiranya Neelofa sendiri menyedari bahawa wajah mereka mempunyai persamaan.
Susulan daripada menjadi tular, ciapan tersebut telah berjaya mendapat perhatian Neelofa. Beliau telah membalas ciapan yang dibuat @mimishrl mengenai wajah kakaknya itu.
“Kakak awak lagi cantik tau”, katanya.
Sumber: @mimishrl

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa