Pada hari Rabu lalu, beberapa buah rumah telah dihanyutkan ke laut setelah berlaku tanah runtuh yang kuat di perbandaran Alta,Utara Norway.
Perbandaran Alta terletak di daerah Finnmark paling utara. Tempat tersebut terkenal dengan hutan, dataran yang tinggi dan berdekatan pantai.
Dalam kejadian tanah runtuh tersebut, telah memusnahkan lapan bangunan termasuk empat kabin yang berfungsi sebagai kediaman yang digunakan pada hujung minggu.
Namun, kejadian tahan runtuh yang dilaporkan tidak membawa sebarang kecederaan kepada penduduk setempat dan semua penduduk dipindahkan dari tempat tersebut.
Sumber: CNN