Siakap Keli
Gambar: Bernama

(Video) Pakai ‘Face Mask’ Ketika Di Kawasan Awam, WHO Kemaskini Nasihat Berkaitan Pencegahan COVID-19

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengubah saranannya berkenaan pemakaian topeng muka dengan menyatakan bahawa topeng muka harus dipakai ketika di khalayak ramai untuk membantu memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19, lapor BBC.

Menurut WHO, maklumat baru yang ditemui itu mendapati bahawa pemakaian topeng muka dapat menjadi “penghalang daripada droplets yang berpotensi menyebabkan penularan”.

Sebahagian negara di seluruh dunia telah pun menyarankan atau mewajibkan pemakaian topeng muka ketika di khalayak ramai.

Nasihat yang diumumkan WHO berkenaan pemakaian topeng muka pada sebelum ini berbeza berbanding dengan yang terbaru ini.

Menurut BBC, WHO sebelum ini berpendapat tiada bukti yang cukup untuk membuktikan bahawa orang yang sihat perlu memakai topeng muka.

WHO sering menasihatkan bahawa topeng muka harus dipakai oleh orang yang sakit dan bukannya mereka yang menguruskan pesakit Covid-19.

Dr Maria Kerkhove, ketua pakar teknikal coronavirus WHO, menyatakan kepada agensi berita Reuters bahawa saranan itu adalah agar orang ramai memakai topeng muka dari jenis fabrik yang mempunyai tiga lapisan seperti topeng surgical mask.

Organisasi itu menyatakan bahawa saranan terbaru ini telah didorong oleh kajian yang dilakukan sejak beberapa minggu lepas.

“Kami menyarankan pihak kerajaan untuk menggalakkan rakyat mereka supaya memakai topeng,” kata Dr Van Kerkhove.

Pada masa yang sama, WHO menekankan bahawa topeng muka hanyalah salah satu daripada alatan untuk mengurangkan risiko penularan dan ianya bukanlah boleh melindungi sepenuhnya.

“Memakai topeng sahaja tidak cukup untuk melindungi anda dari Covid-19,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Pengumuman ini adalah satu perubahan besar dalam panduan WHO mengenai dalam keadaan apa orang ramai sepatutnya harus memakai topeng muka.

Secara global, sebanyak 6.7 juta kes Covid-19 telah disahkan dan hampir 400,000 kematian sejak wabak itu tercetus pada akhir tahun lalu, menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University.

Sumber: BBC

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa