Siakap Keli
Gambar: Lia Johari

Hanya Guna Cawan Plastik, Wanita Ini Kongsikan Cara Buat ‘Curtain Divider’ Bagi Nampak Kemas Dan Sekata

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai diantara kita yang sememangnya pening memikirkan tentang bagaimanakah caranya untuk membuatkan susunan atau gelembung langsir di rumah kita tampak sempurna.

Walaupun langsir yang dibeli itu adalah mahal, namun sekiranya susunannya tidak kemas pun pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati.

Sehubungan dengan itu, seorang pengguna Facebook bernama Lia Johari ada berkongsikan tentang penyelesaian yang pastinya dicari semua orang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Sakit mata bila tengok susunan atau gelembung langsir eyelet tak sekata kan. Saya kongsikan cara jimat DIY curtain divider guna plastik cup.

Cara-cara

Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.

1. Guna Plastic cup mcm ni.

2. Belah dua cup guna gunting then potong bulat bahagian bawah cup.

3. Masukkan pada curtain rod mengikut gelembung kain langsir. (Sebelah dalam)

4. Done!

Dapatkan pelbagai barangan langsir seperti dalam gambar di SINI

Jadi, selepas ini tidak lagi perlu pening kepala untuk memastikan langsir di rumah anda berada dalam keadaan tidak sekata. Bila tengok tersusun elok dan sekata, baru seronok memandangnya dan berpuas hati. Dengan modal yang kecil sahaja, ruangan dinding dihiasi langsir sudah pasti dapat memberikan pemandangan indah buat seisi keluarga.

Sumber: Lia Johari

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa