Siakap Keli
Gambar hiasan Via Google

“Jangan Letak TV Kat Bilik Tidur Anak,” Doktor Ini Kongsikan Kesan Menonton TV Kepada Anak-Anak

Pasti ramai di antara ibu bapa yang akan membuka televisyen dan membiarkan anak-anak mereka menontonnya untuk mengalihkan perhatian mereka semasa melakukan kerja-kerja rumah.

Perkara tersebut secara tidak sedar telah dijadikan rutin harian anak-anak kita. Apakah kesannya sekiranya anak-anak kita menonton televisyen terlalu lama? Adakah bagus untuk golongan kanak-kanak ini menonton televisyen?

Seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan tentang jawapan kepada persoalan tersebut menerusi akaun Facebook miliknya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Kadang tu rasa macam nak jual je terus biar tak ada tv kat rumah ni.

Kat rumah saya ni jarang je bukak tv. Tapi dalam duk jarang bukak tu pun ada jugak benda tak elok yang terlepas anak saya tengok dan dia masih ingat lagi benda tu sampai sekarang.

Sebenarnya ni lah antara risiko yang kita terpaksa tanggung bila si kecil tu dah mula rajin duk bersila menghadap cerita kat tv.

Gambar Via Google

Kesan kepada kanak-kanak yang menonton televisyen

– Anak kita mungkin akan mengalami masalah lambat bercakap (delayed speech), masalah tingkahlaku dan juga ketinggalan dalam pelajaran berbanding kawan-kawan sebaya suatu hari nanti.

Ada satu kajian ni yang diketuai oleh Dr Linda S. Pagani dari Universities of Montreal. Mereka kaji apakah kesan yang berlaku pada kanak-kanak yang menonton tv.

Rupa-rupanya kajian yang dilakukan pada 1300 kanak-kanak tu menunjukkan yang majoriti anak kecil yang kerap terdedah pada siaran tv, prestasi mereka bila mula bersekolah jauh lebih rendah berbanding anak yang kurang tengok tv.

TV ni yang tak bagusnya ia berikan anak kita rangsangan visual (pandangan) dan auditori (pendengaran) berlebihan terutamanya pada anak yang berusia bawah 18 bulan.

Dalam masa sama, bila waktu dah banyak habis kat depan tv, maka aktiviti lain yang patutnya kita galakkan mereka buat untuk kembangkan skill fizikal, tingkahlaku dan fungsi kognitif pun jadi tergendala.

Gambar: FetchScape * Latest Trending News

Sebab tu lah otak si comel tu berisiko berkembang lebih lambat.

– Lagi menyedihkan bila tengok anak kita selamba je tiru aksi bergaduh, merokok dan mencarut macam yang dilakukan oleh sesetengah watak kartun yang mereka tengok.

Budak tu dah lah masih tak pandai lagi nak bezakan mana satu fantasi dan mana satu realiti. Tu yang mudah sangat terikut-ikut dengan apa je yang mereka nampak.

– Doktor-doktor pakar kanak-kanak dari American Academy of Pediatrics (AAP) sebenarnya dah susun guideline untuk elak kesan buruk tv pada anak kecil ni tapi saya rasa info ni masih ramai parent yang belum tahu.

Perkara yang perlu dilakukan untuk elak kesan burk televisyen kepada kanak-kanak

  • Tak digalakkan langsung untuk dedahkan si kecil bawah umur 2 tahun pada tv (screen-free).
  • Untuk anak yang dah besar sikit, boleh bagi tengok tv tapi paling lama pun cuma 1 jam je sehari. Itu pun digalakkan untuk mak ayah review dulu content cerita tu dan duduk bersama masa menonton supaya tak ada pengaruh buruk yang meresap masuk ke minda anak kita.
  • JANGAN letak tv kat bilik tidur anak atau biarkan anak menonton tv sampai tertidur. Walaupun dia dah tak tengok tv tu bila tertidur, tapi bunyi dari tv tu sendiri akan ganggu tidur dan kemudian kacau perkembangan anak-anak kita tu.
  • Paling bagus sebenarnya kita alihkan perhatian si kecil tu pada aktiviti bermain berbanding beri dia tengok tv sebab aktiviti bermain tu jauh lebih baik untuk perkembangan minda dan fizikal si comel kita tu.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa