Siakap Keli

Manfaatkan Kulit Buah Oren, ‘Step’ Mudah Jadikan Kulit Oren Sebagai Mangkuk Lilin Cantik Dan Wangi

Mungkin anda tidak menyangka boleh melakukan ini dengan kulit oren. Buah oren mengandungi vitamin C yang cukup tinggi dan mempunyai asid folik yang baik.

Pasti anda tidak menyangka sisa kulit oren ini boleh dijadikan lilin yang mengeluarkan bau yang wangi. Apa yang anda perlukan adalah 2 bahagian kulit oren, 2 lilin dan 1 periuk.

Dua bahagian kulit oren berfungsi untuk dijadikan mangkuk kecil. Ini adalah satu alternatif yang boleh anda buat di rumah dengan harga yang murah berbanding dengan membeli lilin wangi yang mahal.

Cara membuatnya, anda perlu kupas buah oren terlebih dahulu sehingga menjadi 2 bahagian kulit. Kemudian, keluarkan aluminium foil dari lilin dan keluarkan juga sumbu di dalam lilin. Seterusnya, cairkan lilin di dalam periuk. Letakkan sumbu yang anda keluarkan tadi pada bahagian tengah mangkuk kulit oren.

Tuangkan lilin cair dengan teliti ke dalam mangkuk dan pastikan sumbu tetap berada di tengah mangkuk dan biarkan lilin kering dengan betul.

Akhir sekali, barulah nyalakan sumbu dan nikmati bau yang wangi di rumah anda. Selamat mencuba.

Sumber: www.tips-and-tricks.co

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa