Siakap Keli

Pakaikan Anak Baju Angkasawan Untuk Elak Jangkitan COVID-19, Gelagat 2 Budak Ini Tarik Perhatian

Seorang ibu telah mengenakan anak-anaknya dengan pakaian angkasawan untuk memastikan mereka bebas daripada Covid-19 sewaktu berjalan melewati pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang.

Pakaian seperti angkasawan itu mempunyai empat tiub hiasan yang disambungkan dari belakang ke sisi ruang baju dan dilengkapi dengan pelindung muka yang reflektif. Anaknya yang lebih muda kelihatan memimpin tangan ibunya sewaktu pemeriksaan suhu sementara seorang lagi mendorong kereta bayi dengan memakai pakaian yang sama.

Ini berlaku selepas seorang lelaki dilihat memakai sut itu di tempat yang sama ketika menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Capital di Beijing. Jurucakap Lapangan terbang itu memberitahu media tempatan bahawa tidak ada peraturan yang tetap untuk menyekat pakaian penumpang. Selagi pakaian itu tidak menimbulkan masalah keselamatan atau bahaya kepada penumpang yang lain.


Sumber: www.dailystar.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa