Siakap Keli
Gambar: Bernama

PKPP: Negara Akan Memasuki Fasa Normalisasi Selepas 31 Ogos 2020 Sehinggalah Vaksin COVID-19 Ditemui – PM

Penularan wabak ini akan kekal terkawal dan kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehinggalah vaksin untuk virus COVID-19 ditemu, nyata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perutusan Khas yang diadakan sebentar tadi.

Menurutnya, sekiranya orang ramai terus kekal berdisiplin dan beristiqamah, penularan wabak ini mungkin akan kekal terkawal.

“Saya harap kita semua sentiasa berdisiplin supaya peningkatan kes COVID 19 dapat kita elakkan”, ujarnya.

Selain daripada itu juga, beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD di kawasan atau lokaliti yang berkenaan sekiranya kes positif Covid-19 menular secara mendadak di sesuatu kawasan.

“Saya ingin mengingatkan sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dalam tempoh ini, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD di kawasan atau lokaliti yang berkenaan”, tegasnya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa