Siakap Keli

PKPP: Sambutan Hari Raya Aidiladha Dan Aktiviti Korban Dibenarkan Mengikut SOP Ditetapkan – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha akan dibenarkan.

“Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.

 

“Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah ibadat, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi,” katanya.

Sumber: BERNAMA TV

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa