Siakap Keli

Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun Kecuali Di Kawasan PKPD – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula 10 Jun ini.

“Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan PKPD. Jadi bagi mereka yang ingin meziarahi ibu bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian,” katanya.

Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

Selain itu, Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat Malaysia bagi melaksanakan tanggungjawab bagi melindungi golongan warga emas yang mudah terdedah dengan penyakit ini.

Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.

 

Sumber:BERNAMA TV

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa