Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Tibalah Masanya Kerajaan Memberikan Lebih Banyak Kelonggaran Dengan Syarat Ambil Tanggungjawab Patuhi SOP – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula pada 10 Jun 2020 ini.

Menerusi PKPP, pelbagai aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.

Melalui kelonggaran itu juga, Perdana Menteri menasihatkan agar rakyat Malaysia akan lebih bertanggungjawab bagi memastikan Covid-19 terus terkawal.

“Jadi, kini tibalah masanya kerajaan memberikan lebih banyak kelonggaran kepada saudara-saudari dengan syarat saudara-saudari sendiri mengambil tanggungjawab secara serius untuk mengamalkan kebiasaan baharu kehidupan dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini bermakna, tanggungjawab untuk memastikan wabak COVID-19 kekal terkawal berada di tangan saudara dan saudari sekalian.

“Saya juga ingin menekankan kepentingan peranan pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung, ketua komuniti dan pemimpin NGO dalam membendung penularan wabak ini dengan memastikan semua anggota masyarakat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Tidak kurang pentingnya ialah peranan 6 majikan. Para majikan juga mestilah memastikan semua pekerja mematuhi SOP di tempat kerja,” katanya.

Sumber: BERNAMA TV

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa