Siakap Keli

Dipercayai Selisih Faham Beli Polisi, Penjual Insurans Parah Ditetak Pelanggan Di Manjung

Lumut: Seorang ejen insurans parah ditetak seorang pelanggan selepas berlaku perselisihan faham dipercayai berkaitan pembelian polisi di sebuah rumah di Marina Villa di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata dalam kejadian 12 tengah hari itu, suspek yang berumur dalam lingkungan 20-an turut bertindak melanggar enam kenderaan lain di pekan Sitiawan ketika melarikan diri menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire.

“Setelah menetak mangsa, seorang lelaki yang juga berumur 20-an menggunakan pisau, suspek melarikan diri dan ketika memandu ke arah pekan Sitiawan secara melulu, suspek melanggar enam buah kenderaan lain.

“Suspek kemudian meninggalkan kenderaan itu dan melarikan diri ke arah bangunan di kawasan berhampiran sebelum melarikan sebuah kenderaan jenis Proton Saga BLM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nor Omar berkata suspek berjaya ditahan kira-kira 2.30 petang dalam keadaan cedera di kawasan Seri Manjung manakala kereta Proton Saga BLM yang dilarikannya ditemui di kawasan ladang sawit di pekan Gurney.

Beliau berkata pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu juga sudah dirampas dan mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Seri Manjung.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.