Siakap Keli
Kredit: Google

Hanya Tinggal Seorang Pesakit COVID-19 Perlukan Ventilator, Kurang 6 Kes Di ICU-KKM

Putrajaya, 8 Jun – Hanya seorang sahaja pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU) di Malaysia yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, lebih 1,500 ventilator telah disediakan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk merawat pesakit COVID-19.

“Setakat ini penggunaaan katil di hospital kurang daripada 13 peratus. Penggunaan ICU adalah kurang dari 6 kes sahaja dan seorang sahaja yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Di mana kita ada mesin ventilator yang kita kenalpasti untuk pesakit COVID-19 adalah 1,504 ventilator yang telah disediakan.

Katanya, hospital telah bersedia untuk menghadapi wabak ini yang sedang mencatatkan penurunan kes baru dari masa ke masa.

“Jadi, kita rasakan dengan perkembangan terkini ini, apa yang penting adalah tindakan kesihatan awam. Hospital memang bersiap sedia tetapi kes semakin berkurangan,” katanya.

Tindakan kesihatan awam dan pemantauan perlu berwaspada dan melihat kepada perkembangan kes positif dikesan, tambahnya.

Ujarnya lagi, KKM juga menjalankan pemantauan terhadap kes ILI, SARI dan kes-kes sebelum pembedahan serta komuniti yang terkena COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

“Kita akan melaksanakan kajian kepada komuniti yang dikenalpasti untuk melihat ketahanan atau imuniti komuniti dapat dipastikan,” katanya.

Penjelasan mengenai perkara ini bermula pada minit 38.00.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.