Siakap Keli
pkpb
Kredit: Google

Main ‘Game’ Beramai-Ramai Di Balkoni & Tak Jaga Jarak Sosial, Lapan Remaja Didenda RM1,000

LABUAN, 8 Jun (Bernama) — Lapan remaja dikompaun RM1,000 selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila berkumpul di balkoni sebuah apartmen di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata remaja terbabit berumur 17 hingga 19 tahun ditahan selepas didapati berkumpul di balkoni tingkat 11 Apartmen Ganggarak Permai pada 5.00 pagi.

“Pasukan pemantau dan peronda PKPB ke apartmen itu selepas menerima aduan awam mengenai gangguan di kawasan itu, apabila pasukan sampai, remaja lelaki berkenaan sibuk bermain permainan mudah alih dan melanggar jarak sosial.

“Kesemua mereka dibawa ke balai polis untuk dikompaun dan kenyataan mereka direkod…memandangkan PKPB akan berakhir esok, remaja ini mungkin pesalah terakhir yang melanggar arahan itu di Labuan,” katanya kepada Bernama.

Mereka yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 dan penjara sehingga enam bulan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Kami memberi tempoh 14 hari untuk membayar kompaun atau mereka akan didakwa di mahkamah,” kata Muhamad Farid.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.