Siakap Keli
Kredit: Google

Ringkasan Maklumat Tujuh Kes Baru COVID-19 Hari Ini, Lima Tempatan Dan Dua Import

Putrajaya, 8 Jun – Hari ini merupakan kes baru COVID-19 terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak tujuh kes dicatatkan hari ini melibatkan lima warga negara dan dua warga asing.

“Kesimpulannya, kes pada hari ini adalah catatan terendah sejak PKPB iaitu tujuh kes, dua kes adalah import masing-masing dari India dan Mesir.

“Lima kes penularan tempatan melibatkan warganegara, satu kes dari Depot Tahanan imigresen Bukit Jalil. Dua kes kontak rapat daripada kes ke-8294 iaitu di Kampung Baru Lanjut Sepang melibatkan dua wanita yang tidak bergejala

“Dan juga satu kes saringan sebelum pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Likas, Sabah melibatkan pesakit yang bergejala dan satu kes saringan komuniti di Kota Kinabalu juga melibatkan pesakit yang bergejala,” katanya.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.