Siakap Keli

“Terima Kasih Singgah Di Rahim Ibu,” Terpaksa Lahirkan Awal, Ayah Cium Banyak Kali Jenazah Anak Usia 23 Minggu

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan. Namun, tidak semua bernasib baik apabila diuji dengan kehilangan zuriat yang menunggu hari untuk dilahirkan.

Perkongsian oleh Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid daripada Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, ketika menguruskan jenazah seorang bayi ternyata menyentuh perasaan.

TERIMA KASIH SINGGAH DI RAHIM IBU…

“Malam ini kami menyempurnakan satu jenazah bayi berusia 23 minggu yang sempat hidup beberapa jam setelah terpaksa dilahirkan awal kerana masalah kandungan ibunya.

Jasad bayi ini cukup sempurna dan beratnya hanya 500 gram sahaja. Berulang kali si ayah mencium jasad kecil anak sulungnya itu seolah tidak mahu melepaskannya pergi.

Gambar: Muhammad Rafieudin Zainal Rasid
Gambar: Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Bersabarlah wahai ayah dan ibu, anak kalian sedang gembira bermain di Syurga. InsyaAllah mereka akan menunggumu di pintu Syurga.

Anak kecil itu mengingati ibu bapanya dan akan memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka dengan izin Allah.

Gambar: Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Daripada Abu Hassan RA, maksudnya: “Aku bertanya kepada Abu Hurairah keadaan dua anak kecilku yang sudah meninggal dunia: ‘Boleh tidak engkau menyampaikan kepadaku satu hadis daripada Rasulullah SAW yang boleh memujuk jiwa-jiwa kami kerana kematian ini?’

Jawab Abu Hurairah: “Boleh, anak-anak mereka ialah Da’amis Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui ayah mereka atau ibu bapa, lalu menarik bajunya atau menarik tangannya seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini. Anak itu tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga.’” (Hadis riwayat Imam Muslim – 2435)

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Da’amis itu bererti ahli syurga yang kecil, asalnya ialah du’mus yang bermaksud haiwan-haiwan kecil yang berada di dalam air. Mereka tidak berpisah dengannya. Maksudnya, anak-anak kecil di dalam syurga tidak berpisah darinya.” (Rujuk kitab Syarh Muslim – 16/182)

Berkata Ibn al-Athir Rahimahullah: “Mereka itu bebas bergerak di dalam syurga, masuk ke dalam rumah-rumahnya, tiada apa yang menghalang mereka daripada suatu tempat seperti perangai kanak-kanak ketika di dunia, tiada siapa yang boleh menghalang mereka memasuki haram (iaitu kawasan peribadi satu-satu keluarga), tiada siapa yang perlu berhijab apabila dengan mereka.” (Rujuk kitab al-Nihayah fi Gharib al-Hadis wa al-Athar – 2/289).

Wallahualam bissawab.

SPJ MALAYSIA KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFESSIONAL ANTARABANGSA!

Akhukum fillah;

Ustaz Rafie Zainal – Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia
Majlis Usrah Nur Fattah

013-322 7937 (24 jam berkhidmat untuk ummah)

Sumber: Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.